Tuesday, February 19, 2008

KEPATUHAN KAH ITU?






Minggu yang amat menekan....audit kepatuhan akan dijalankan dalam minggu ini sedangkan banyak lagi yang belum disediakan...

Fail hanya menunggu untuk diisi tapi banyak bahan masih berada di tangan manusia lain...

Sukarnya untuk memberi walaupun itu bukan hak peribadi... sepatutnya diberi kepada yang ahli...

Kertas boleh dicipta, tarikh boleh dipinda, tetapi bolehkah minda manusia dipaksa, sikap manusia direncana...?

Kenapa yang senang, diputar-belitkan, yang biasa jadi luarbiasa...

Hari berlalu.... tarikh keramat semakin mendekat....hati semakin gundah gelana...
Semua dipegang jadi bahana..... yang di sana tidak menjadi, di sini tidak terapi....
Di saat ini, manusia hanya memandang ke dalam diri, nafsi nafsi... orang lain aku tidak peduli..'fail mu, mu buatlah sendiri' 'kalau aku cuti, pandai-pandailah bawa diri'

Dada semakin sesak...

Apakah dengan kepatuhan ini, manusia menjadi lebih merencana, sistem menjadi dinamika dan akhirnya manusia yang dikeluarkan menjadi harapan bangsa...?
Ataupun sekadar kepatuhan di atas kertas dan cantik di dalam fail, dan ada yang tersenyum lebar kerana menjadi kebanggaan semua tanpa tersedar apa yang bergolak di tepi kaki?

Adakah berlalunya minggu ini, mengembalikan kepatuhan ke takuk lama?, minda manusia masih synapsnya di situ dan sikap manusia tidak jauh berbeza dari zaman batu...

Adakah itu yang kita mahu?
Itukah kepatuhan yang kita cari?

Yang pasti...aku masih mencari seorang diri.....apakah sebenarnya kepatuhan itu....
Selain dari fail dan kertas yang tersusun rapi ...
Adakah yang sudi menolong?
Apakah sebenarnya kepatuhan itu?


Thursday, February 14, 2008

Sami Yusuf - Asma Allah

Sesuatu yang sukar diperkatakan

Saya sukar untuk menggambarkan perasaan saya bila melihat video ini....

Semoga bermanafaat...

Friday, February 1, 2008

PENYUSUAN SUSU IBU : BESARNYA PERANAN BAPA



Saya adalah seorang ibu yang pro-penyusuan susu ibu.

Saya memang menyusukan keempat-empat anak perempuan saya. Cuma tempoh penyusuan agak berbeza untuk setiap anak.
Disebabkan oleh kecetekan ilmu, saya hanya mampu untuk menyusukan anak pertama dan kedua untuk beberapa bulan sahaja.

Alhamdulillah, dengan sokongan dari kawan-kawan dan keluarga dan dengan ilmu yang saya dapati dari internet dan website berkaitan, saya lebih bersedia untuk menyusukan anak ketiga yang sekarang sudah berumur hampir 4 tahun dan masih menyusukan anak keempat saya yang masuk 10 bulan.

Keghairahan saya terhadap penyusuan susu ibu ini ditambah lagi dengan tazkirah yang diberikan oleh Prof. Zulkifli Yusuf yang sering keudara di radio IKIM setiap Jumaat di dalam slot nur pagi...
Kebetulan... sekarang Prof sedang membincangkan tentang penyusuan susu ibu, dibincangkan berdasarkan beberapa ayat Al-Quran.

Masya Allah....sungguh besar peranan penyusuan susu ibu ini kerana disebut di dalam Al-Quran ini secara khusus.
Pada minggu tersebut, Prof membincangkan tentang peranan bapa di dalam penyusuan susu ibu ini...
Sebagai seorang bapa, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menyediakan makanan dan pakaian yang bersesuaian dengan peranan ibu yang menyusukan anak...
Betapa seorang ayah perlu menyediakan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan ibu itu di tahap optimum untuk menyusukan anaknya.

Pakaian yang bersesuian juga perlu disiapkan. Mungkin tidak begitu kritikal untuk keadaan kita di Malaysia ini tetapi bagi mereka yang tinggal di negara sejuk..pakaian tebal dan selesa semestinya satu keperluan yang mendesak...
Ya... harapnya janganlah para bapa terlepas pandang perkara ini..... kerana usaha mendidik anak-anak adalah tanggungjawab bersama....

Untuk menyusukan anak ini .... terutama di zaman sekarang di mana kebanyakan ibu adalah bekerja memang sangat-sangat mencabar....
Bukan sahaja mencabar dari segi fizikal dari erti kata untuk menyediakan alatan yang sepatutnya seperti breast pumb and freezer tetapi yang paling penting adalah cabaran mental dan emosi....

Di sinilah, kaum bapa juga mesti pandai memainkan peranan.... memberi semangat dan dorongan dan meluangkan masa dengan anak-anak yang lebih besar untuk memberi peluang ibu-ibu menyusukan anak dengan tenang...
Sekali-sekala, tidak lah salah memberi 'token of appreciation' kepada isteri dalam bentuk kad, bunga atau cenderahati untuk memberi motivasi kepada para ibu...
Dan saya pasti, ramai ibu di luar sana yang sangat-sangat menghargainya sekiranya para suami mereka memahami keadaan yang mereka hadapi...

Kepada kaum bapa.....hargailah setiap titis susu yang isteri anda hasilkan dan setiap usaha yang mereka lakukan kerana ketahuilah... ia bukan sesuatu yang mudah....

Berilah dorongan dan kasih sayang juga penghargaan yang sepatutnya kepada para ibu....
Semoga dengan itu..terbentuklah generasi anak-anak yang berkualiti dan Insya-Allah menjadi generasi rabbani penyambung risalah....






Allahu'alam







Tuesday, January 29, 2008

Kehilangan adik Sharlinie...kesan kepada pendidikan anak-anak







Sudah lebih 3 minggu adik Sharlinie dilarikan. Sehingga ke hari ini, tiada siapa yang tahu apakah yang terjadi kepada beliau. Kita baru juga dikejutkan dengan peristiwa adik Nurin yang juga dilarikan dan kemudian ditemui mati di dalam beg... Allah.... sangat-sangat menakutkan.


Sesiapa yang mempunyai anak pasti dapat merasakan kegusaran dan kegelisahan maha hebat yang dirasakan oleh keluarga adik Linie.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Semua pihak tidak kira dari golongan mana dan bekerja sebagai apa sepatutnya merasa lebih peka terhadap apa yang berlaku di persekitaran kita terutama yang berkaitan dengan keselamatan anak-anak.


Tetapi apa yang mendapat perhatian saya berkaitan dengan kes penculikan kanak-kanak perempuan kebelakangan ini adalah bagaimana ia memberi kesan kepada pendidikan kita kepada anak-anak kita.


Kita selalu diingatkan oleh orang-orang tua supaya menghormati orang yang lebih tua, menolong orang yang susah, jangan sombong dan tidak mementingkan diri sendiri.

Masihkah boleh pesanan itu diberikan kepada anak-anak kita zaman sekarang?



Bukankah lebih baik kita berpesan kepada anak-anak kita :

'Jangan bercakap dengan orang yang tidak dikenali'

" Kalau ada orang yang minta tolong, jangan tolong, mana tahu kalau orang jahat'

"Kalau ada orang yang nak bercakap dengan adik, lari jauh-jauh"


Nampaknya nilai-nilai murni yang selalu diajarkan kepada kita perlu definisi baru.


Menghormati orang yang lebih tua perlu penjelasan lanjut - hanya keluarga terdekat ( jiran pun tak pasti boleh dipercayai atau tidak )

Tolong orang yang rapat sahaja dengan kita - mungkin ibubapa, guru di sekolah dan kawan-kawan rapat...

Kalau mereka bertanya " kalau ada orang buta nak melintas jalan atau ada orang minta sedekah ..boleh ke kita tolong ummi?

Kalau ikut kan nilai-nilai murni yang sepatutnya diamalkan oleh ramai orang, memanglah perlu kita tolong tapi sejauh mana kita boleh percaya yang mata orang buta itu memang tidak boleh melihat dan orang yang minta sedekah itu memang tidak ada niat lain...

Kalau fikir yang buruk dulu... mungkin ada orang yang menyamar sebagai orang buta atau orang miskin..tapi kalau betul memang mereka memerlukan pertolongan, bukankah kita akan menjadi seorang yang 'selfish' jika tidak peduli?


Jadi apakah jawapan terbaik dari seorang ibu yang bertanggungjawb yang patut diberikan kepada seorang anak yang mahu kita didik jiwanya dengan nilai-nilai murni?


Bukankah hidup sekarang lebih rumit dan komplikated...

Yang baik dan yang buruk tidak nampak garis pemisah yang jelas...

Banyak yang kelabu...


Sebagai seorang ibu yang mempunyai 4 orang anak perempuan yang masih kecil... kebimbangan memang tidak berkesudahan...

Sering saya tersepit di dalam pendekatan di dalam mendidik anak-anak... ingin mengajar mereka berdikari tetapi perlu dikawal hampir setiap masa...

Ingin mereka menjadi orang yang bertimbang rasa tetapi perlu juga berwaspada...


Jadi, apakah pendekatan yang terbaik di dalam zaman sekarang untuk mendidik anak-anak ?


Sudi untuk berkongsi pengalaman?






Monday, January 21, 2008

LAMPIN KAIN (CLOTH DIAPER).....BIAR BETUL!!

Mungkin ramai yang tak percaya dengan kenyataan ini... ada ke zaman sekarang ini, dunia yang penuh dengan barangan pakai buang, ada lagi orang yang memakai lampin kain atau CLOTH DIAPER (CD)..
Soalan yang biasa didengari....
"tak susah ke nak basuh"
" kalau baby berak camne
"Bukan ke lampin yang biasa kita pakai tu, sekali kencing je, dah basah satu badan baby"

Ya..... percaya atau tidak, CD juga telah mengalamai zaman evolusi yang sangat menakjubkan...

CD yang moden, telah banyak berubah dan sangat MODEN, dan sebenarnya ia merupakan berita baik untuk para ibu di luar sana...


Saya telah menggunakan CD ini sejak 7 bulan yang lalu dan sudah lama saya ingin menulis tentang CD ini tetapi entah kenapa masih bertangguh sampailah ke hari ini...

semuanya bermula dengan kelahiran Zulfa.... saya seperti mana ramai ibu yang lain menggunakan lampin pakai buang untuk si kecil sejak dari dalam pantang lagi. Manakan tahan untuk menukar lampin kain setiap 10 minit atau setengah jam sekali... tidur malam pun tak lena
sampailah satu hari saya rasa bersalah kerana terlalu banyak 'membuang' .Maklumlah baby baru lahir memang kerap buang air besar....

Saya mula bertanya tentang alternatif untuk menggantikan lampin pakai buang di e-group yang saya sertai. Walaupun saya pernah terbaca pasal lampin kain ini, tetapi saya tidak ada idea macam mana menggunakannya.

ALhamdulillah, ada beberapa ibu yang menggunakan CD ini dan mereka berkongsi maklumat dan pengalaman dan disitulah bermulanya perjalanan saya menggunakan CD ini.



Oh... rupanya CD ini ada banyak brand dan cantik-cantik printnye....
Kopak lah jugak poket masa mula-mula nak beli tapi memang berbaloi dan rasa puas hati.

Satu lagi, rasa tak bersalah kerana berjaya mengurangkan sampah atas muka bumi Malaysia ini... CD ini ada macam-macam jenis dan masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Banyak bergantung kepada baby kita...

Walaumacam manapun, saya tidak pernah menyesal dengan keputusan ini walaupun hanya menggunakannya untuk anak no 4 ( macam kena beranak lagi je :D )Sebenarnya banyak lagi gambar Zulfa dengan CD nya tapi tak sempat nak upload lagi...tapi contoh-contoh CD bolehlah tunjuk...

Insya Allah di lain kelapangan.... boleh tunjuk stok yang lain pula......

Yang penting....buatlah sesuatu untuk meyelamatkan alam sekitar anda..

Bukankah Islam itu rahmat untuk sekian alam...?








Friday, January 4, 2008

6 BULAN MENYEPI


Apa sudah jadi...kenapa menyepi.... masih hidup ke dah arwah ye... mungkin itu yang difikirkan oleh pembaca ( ada ke yang sudi menyinggah ke blogspot saya ni)... setelah sekian lama menyepi diri dari menulis....


Tarikh akhir saya menulis memang sudah lama...masa saya dalam pantang lagi, Zulfa pun dah masuk 10 bulan....


Entah kenapa, selepas kembali bekerja, saya lebih suka membaca blog orang lain dari menulis blog spot sendiri...

Dan dengan hobi baru saya ....browse kedai-kedai online untuk barangan bayi terutama lampin kain atau CLOTH DIAPER (CD) menyebabkan saya terkunci di depan komputer untuk beberapa jam dan membaca tulisan orang lain dan berangan CD apa yang saya perlu beli selepas ini....


OK... apa yang berlaku dalam masa beberapa bulan ini..


Kerja...agak membosankan...kenapa ye...kenapa saya tak rasa enjoy sangat bekerja ni...

Saya rasa pengalaman membuat master selama 4 tahun lebih 'fullfilling' dari sekarang...

Saya pasti , saya yang tidak pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ini...atau saya yang cuba melarikan diri dari permasalahan saya di tempat kerja... I'm not sure..


Anak-anak - Fatin dan Nurul bersekolah di BB Bangi... legalah sikit kerana tak perlu mendengar rungutan Fatin kerana bersekolah lain dari adiknya... harap-harapnya pelajarannya lebih maju di tempat baru...

Fairuz pula dah pergi playschool... untuk 2 hari ini, nampaknya dia seronok berjumpa kawan-kawan dan bermain-main sampai taknak balik dari sekolah....dijemput bibiknya pun dia taknak...lain pula cerita Fairuz ni...


Ibu dan Juju pergi Mekah tahun ni, setakat ni alhamdulillah... cuma kaki ibu yang masih sakit kerana terpaksa berjalan jauh ...


Sebenarnya memang banyak yang perlu diperkatakan...maklumlah nak cover cerita berbulan-bulan .... tapi cukuplah setakat ini dulu.


Harap-harap Allah beri kekuatan untuk terus menulis ... sekurang-kurangnya untuk tatapan anak-anak..





Free Counters
Petco Promotion Code