Saturday, June 2, 2007

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI (2).....

Kakak Fatin




Nurul dan Fairuz....

Selepas menghantar anak-anak ke camp itu, hati saya berdebar-debar juga takut-takut dapat panggilan telefon dari tempat program mengatakan yang Nurul buat hal dan perlu diambil pulang.



Petang Sabtu tu, saya, hubby dan ibu saya ke UM untuk mengikuti kelas pengajian kami. Tapi, hari tu, kelas saya dibatalkan kerana Prof yang sepatutnya mengajar tidak dapat datang dan diganti pada minggu selepas itu.



Saya , baby Zulfa dan Fairuz tunggu di surau Akademi Pengajian Islam sementara menunggu hubby dan ibu habis kelas.



Hati saya masih cuak juga dan terus-terusan saya membelek telefon takut ter'miss' panggilan telefon dari tempat camp tersebut.



Tetapi,Alhamdulillah sehingga ke akhir program dan kami pergi mengambil mereka keesokkan harinya, kami tiada menerima panggilan telefon dari urusetia program.



Semasa kami pergi mengambil mereka, kakak dan Nurul nampak happy saja. Hati saya mengucapkan syukur kerana mereka dapat menyesuaikan diri dengan program tersebut.


Tidak habis-habis mereka bercerita pengalaman mereka semasa program.


Nurul pun nampak happy juga, walaupun kekadang berselisih pendapat dengan kakak bila bercerita.



Kakak sibuk menyayikan lagu tema program bertajuk Jalinan,sebuah lagu Nasyid yang saya lupa siapa yang menyanyikannya.



Kami membawa mereka membeli-belah selepas itu sebagai 'reward' kerana mereka telah berjaya menempuh 2 hari tersebut dengan baik.Lagipun saya memang ingin membeli barang selepas hampir 2 bulan terkurung di rumah....



Di bawah ini saya sertakan lirik lagu Jalinan itu...


JALINAN



Indahnya suasana,kita di hari ini
Ceria bersama bermesra
Erat silaturahim, saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia
Ohh, mari bersama
Kita jalinkan, kasih sayang sesama insan
Di hari ini kita mulakan,
moga kekal untuk selamanya
C/O
Indahnya.jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira, di dunia ini,
Lagi indahnya, jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira, di akhirat sana (2x)
Erat silaturahim, saling hormat menghormati
tuntutan agama yang mulia
Yang tua dihormati, yang muda disayangi.
Cetus suasana harmoni

"Barangsiapa mempunyai dua orang anak perempuan dan diasuh dengan baik, maka mereka akan menyebabkan mereka masuk syurga - riwayat Al-Bukhari


Free Counters
Petco Promotion Code